Jumaat, 26 September 2014

Cara Membuka Akaun Maybank2u.com


Cara Buat Akaun maybank2u dengan Mudah

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ini saya akan kongsikan bagaimana membina akaun maybank2u dengan penerangan bergambar yang lebih memudahkan anda untuk memahaminya.

Sebelum tu lebih baik kita fahamkan terlebih dahulu apa itu maybank2u? Maybank2u adalah sebuah aplikasi onnline yang membolehkan kita membuat pembayaran/pembelian secara online. Ia lebih memudahkan kita untuk membayar bill broadband dari rumah sahaja melalui akaun maybank2u.

Sekiranya anda mahu memiliki akaun mabank2u anda perlu memiliki akaun maybank terlebih dahulu. Minima nak buka akaun Maybank adalah sebanyak RM250 untuk individual akaun. Setelah memiliki akaun maybank ikuti langkah berikut:

Langkah 1:
Pergi ke mesin ATM Maybank dan tetapkan no pin maybank2u 6 digit.

Langkah 2:
Pergi ke laman rasmi Maybank >> http://www.maybank2u.com.my/

Langkah 3:
Klik Login dan Paparan skirn berikut akan kelihatan. Klik First time Login?
Cara Buat Akaun maybank2u dengan Mudah
Langkah 4:
Klik Continue
Cara Buat Akaun maybank2u dengan Mudah
Langkah 5:
Anda kena lihat video pendek bagi tujuan keselamatan terlebih dahulu. Setelah itu butang continue akan kelihatan. Klik continue
Cara Buat Akaun maybank2u dengan Mudah

Langkah 6:
Anda akan di tanya beberapa soalan untuk tujuan keselamatan. Berikut adalah contoh soalan, pastikan ada jawab dengan betul. Setelah jawab, klik check.

Cara Buat Akaun maybank2u dengan Mudah

Langkah 7:
Klik Continue

Cara Buat Akaun maybank2u dengan Mudah

Langkah 8:
Baca Term & Condition yang telah di tetapkan kemudian klik Accept.

Cara Buat Akaun maybank2u dengan Mudah

Langkah 9:
Setelah klik accept anda di bawakan ke paparan untuk pendaftaran akaun maybank2u. Pastikan laman rasmi maybank2u di lengkapi dengan sistem keselamatan seperti yang saya tandakan dengan kotak merah iaitu https, huruf s selepas http bermaksud secure.

Cara Buat Akaun maybank2u dengan Mudah
Pada peringkat ini anda kena masukkan no acess no iaitu no kad bank maybank anda pada bahagian hadapan kemudian masukkan no pin anda yang anda buat di Langkah 1

Langkah 10:
Masukkan Username yang ingin anda gunakan untuk login ke akaun Maybank2u anda. Masukkan password yang anda akan gunakan untuk login ke akaun maybank2u. 

Cara Buat Akaun maybank2u dengan Mudah

Langkah 11:
Pilih jenis imej dan nyatakan pharse imej tersebut menurut anda sebagai langkah keselamatan semasa login. Kemudian klik submit

Cara Buat Akaun maybank2u dengan Mudah

Langkah 12:
Pilih 3 soalan keselamatan yang anda mahukan berserta jawapan. Kemudian klik Submit

Cara Buat Akaun maybank2u dengan Mudah

Langkah 13:
Paparan confirmation yang menunjukkan jenis phase yang anda pilih berserta soalan keselamatan. Jika tepat dengan apa yang anda masukkan sebentar tadi klik submit.

Cara Buat Akaun maybank2u dengan Mudah

Tahniah anda kini suda memiliki akaun maybank2u yang memudahkan urusan jual beli anda. Anda boleh memuat turun aplikasi maybank2u di google play store. Anda juga boleh book tiket panggung melalui aplikasi GSC Cinema dengan ada nya akaun maybank2u.

UPDATE
Setelah anda selesai melakukan semua langkah di atas. Anda perlu ke cawangan Maybank bagi mengaktifkan TAC (Transaction Authorisation Code). Anda perlu mengisi satu borang dan memasukkan no telefon yang akan di gunakan untuk TAC maybank2u anda.

Cara Buat Akaun maybank2u dengan Mudah
Contoh borang yang anda perlu isi untuk aktifkan TAC

Setelah anda isi borang tersebut anda hantar kat kaunter servis advisor kemudian tunggu sehingga nama anda di panggil. Bila anda dah dipanggil dia akan minta kad pengenalan anda bagi tujuan keselamatan dan cop jari anda akan diselaraskan dengan kad pengenalan anda barulah TAC anda berjaya di daftarkan.

Dengan ada TAC maybank2u anda kini boleh membayar apa sahaja bil secara online. Anda juga boleh shopping secara online, bayar PTPTN dan sebagainya.
Like the Post? Share with your Friends:-
<a href="http://www.payperclick.com.my/index.php?ref=azly85"><img src="http://www.payperclick.com.my/banners/banner1.gif" border=0></a>

Khamis, 25 September 2014

#15 Stratergi Lariskan Jualan –

#Stratergi 1 – Bina Brand, Populariti dan Kredibiliti
Kenapa orang sanggup membeli dengan anda? Produk anda hot? Servis anda
tip top? Ramai lagi pesaing anda di luar sana yang turut menawarkan produk
atau servis yang sama atau hampir sama dengan anda. Jadi kenapa mesti
membeli dari anda?
Mereka suka membeli dari orang yang mereka jelas identitinya atau
dikenalinya. Jadi anda perlu tampilkan diri anda dengan cara yang
meyakinkan prospek anda.
Cuba lihat pada facebook profile atau facebook fanpage anda. Sejauh mana
maklumat yang anda dedahkan itu meyakinkan pengguna facebook atau
prospek anda bahawa anda pilihan terbaik untuk mereka membeli.
Pastikan, mereka yang baru tiba di ruangan facebook page anda teruja untuk
klik LIKE atau add friend kerana mereka dapati ada yang istimewa dari anda.
Mereka jelas tentang anda dan yakin anda orang yang dicari untuk solusi
mereka.
Brandkan perniagaan anda atau diri anda. Tampilkan secara professional dan
meyakinkan. Mengunjungi page anda walau untuk pertama kali sudah
memberikan gambaran bahawa anda berniaga bukan sekadar melepaskan
batuk di atas tangga. Jelas memperlihatkan anda sepenuh hati menguruskan
page anda sumber lubuk rezeki anda.
Cuba kunjungi dan lawati page-page mereka yang berjaya membuat jualan.
Cari point-point yang menjadikan page mereka berjaya menjual. Tiru dengan
cara anda. Jadikan diri anda unik. Uruskan page anda sebaik mungkin bagi
menjelmakan populariti dan serlahkan kredibiliti anda dengan cara brand anda
sendiri.
Jika anda berjaya dalam menampilkan diri, maka sudah ada peratusan
tertentu untuk prospek membeli walau hanya dengan melawat ke page anda.

#Stratergi 2 – Tarik Trafik Kualiti dan “Targeted”
Nak jual di facebook pun nak kena tarik trafik? Ya! Walaupun kita tahu medan
facebook memang sangat tinggi trafiknya. Bagaimana orang yang singgah ke
page anda? Ramai ke? Siapa yang selalu sangkut atau tersesat ke page anda?
Jika dibaca dari formula: makin banyak pelawat ke page anda, makin tinggi
potensi jualan anda. Ya! Dari segi logiknya begitulah. Tapi harus diingatkan
bahawa banyak faktor-faktor lain yang mempengaruhi pelawat anda menjadi
pelanggan.
Oleh itu, anda kena pandai merancang dan memasang stratergi untuk menarik
pelawat yang berkualiti ke page anda. Jarang mereka yang pertama kali
singgah dan terus membeli. Jadi anda perlu umpan pelawat anda untuk
datang lagi ke page anda.
Bagaimana caranya? Terpulang pada kebijaksanaan dan kreativiti anda.
Sebagai cadangan anda boleh buat seperti di bawah:-
1- Rancang Post update anda.
2- Buat Post Viral
3- Bina Tab dengan masukkan opt-in untuk menjadi subscriber anda.
4- Buat Pertandingan sesuai dan tawarkan hadiah.
5- Bina aplikasi “gate” pada Tab fanpage anda.
6- Tulis artikel / perkongsian / maklumat produk atau perniagaan anda dalam
nota sesuai dengan keyword perniagaan anda
7- Guna FB Ads.

#Stratergi 3 – Tangkap Prospek Berkualiti
Seperti pendapat sesetengah orang, facebook tak sesuai untuk menjual
kerana ramai ke facebook untuk bersosial, berkawan, berbincang dan
berkongsi hobi mahupun aktiviti semasa. Pun begitu, ada juga yang
menggunakan platform facebook untuk mencari dan membeli produk. Malah,
banyak iklan promosi dan offer yang boleh kita dapati melalui facebook.
Jadi, kita kena pandai menggunakan medium facebook agar dapat
memanafaatkan segala kemudahan dan kelebihan yang ada padanya.
Setiap hari, ramai orang login ke facebook. Jadi, antara ramai-ramai yang
login ke facebook ini pasti ada yang sesuai menjadi bakal prospek kita.
Tangkap seberapa ramai yang dapat dan kenalpasti antara mereka itu adalah
prospek “targeted” untuk kita kumpul dalam satu tempat khas. Jadi, kerja
kita seterusnya adalah lebih fokus iaitu tukarkan mereka menjadi pelanggan.
Bagaimana nak tangkap dan di mana nak tempatkan mereka?
Antaranya anda boleh:-
1- Bina Fanpage khusus untuk niche produk tertentu.
Seperti stratergi sebelum ini, tarik trafik “targeted” dan dapatkan LIKE
berkualiti. Mereka ini adalah peratusan besarnya adalah orang yang berminat
mahu mengetahui perkembangan semasa page dari niche kita.
2- Kumpul Subscriber dari pelbagai pecahan niche lebih khusus.
Bina opt-in form pada custom tab fanpage atau wujudkan laman squeeze page
khas dengan menawarkan sesuatu yang menarik dengan pecahan niche yang
lebih khusus mengikut katogeri produk anda. Promosikan link tab tersebut
pada fan anda dan kumpul mereka yang berminat dalam satu kempen
autoresponder anda. Jadi, lepas ini anda boleh sentiasa follow-up mereka dan
sajikan mereka dengan formula : 3G1T iaitu: 3 kali beri sesuatu percuma
seperti tips / nasihat / laporan percuma dan lian-lain sebelum anda
memulakan ayat promosi produk anda.
Give + Give + Give = Take
3- Group Tertutup / Rahsia.
Hanya offer kepada mereka yang berminat dalam niche atau tajuk tertentu
sahaja. Peluang ini anda boleh gunakan untuk bina kredibiliti, educate mereka
dan berikan solusi kepada permaslahan atau apa yang mereka perlukan.

#Stratergi 4- Bina Hubungan Berkesan
Siapa anda? Tiada yang kenal siapa anda.. kecuali mereka yang rapat dengan
anda dan sudah menenali anda. Untuk berniaga dengan berkesan dan jangka
panjang, anda perlu tampil dan perkenalkan diri anda kepada bakal-bakal
prospek anda.
Kalau setakat beberapa kali memperkenalkan diri anda, belum ada jaminan
mereka akan ingat akan anda.
Anda mahu mereka kenal anda sebagai apa? Ianya juga penting kerana ingat
anda ingat....(produk / perniagaan anda).
Anda perlu ketengahkan apa kepakaran anda atau apa kelebihan produk yang
anda jual. Bukan dengan cara sentiasa mengiklan produk anda semata-mata,
tetapi dengan cara halus dan memberi kesan positif kepada prospek anda.
Mereka pasti suka berkawan dan mengenali anda lebih lanjut jika anda sering
memberikan sesuatu yang bermanafaat kepada mereka. Contohnya seperti
perkongsian dan pendapat berguna.
Jangan hanya muncul dalam masa-masa tertentu dan senyap dalam masa
lain. Seperti syarikat berjenama, mereka sentiasa melaburkan sejumlah wang
tertentu bagi memastikan mereka sentiasa diingati dengan cara iklan di media
massa dan menaja program-program tertentu. Produk atau brand mereka
sentiasa cuba disematkan dalam minda-minda prospek mereka.
Maka, dengan teknik yang sama walaupun dengan cara yang berbeza, maka
kita perlu cari jalan yang berkesan supaya kita sentiasa diingati dan dikenali.
Ketengahkan diri anda / produk anda / perniagaan anda serta keunikannya
supaya kita kekal bersaing dengan pesaing-pesaing kita.
Anda juga boleh kongsikan aktiviti-aktiviti perniagaan semasa anda dan
memasukkan gambar-gambar atau rakaman video jika ada.
Tedapat banyak cara berkesan. Selain dari post di wall / fanpage / group,
mungkin adakalanya menggunakan iklan berbayar dengan kos budget anda
dan teknik follow-up melalui email dan lain-lain. Semuanya terpulang pada
anda dalam memperkenalkan diri anda pada prospek-prospek anda.

#Stratergi 5- Gubah Ayat Power Menjual
Saya bukan minta anda jadi “pakar” jika ianya bukan bidang pengkhususan
anda. Tapi untuk menjual dengan berkesan, anda perlu tahu beberapa teknik
dan kemahiran menggunakan ayat jualan yang power.
Apa itu ayat jualan?
Ianya adalah susunan ayat untuk memikat, memukau, mempengaruhi prospek
anda untuk bertukar menjadi pembeli produk anda. Dalam ayat promosi anda,
boleh digabungkan elemen gambar dan informasi menggunakan perkataan
power yang diadun sesuai dengan offer yang sedang anda promosikan.
Elemen yang perlu ada dalam ayat jualan berkesan.
1- Kenalkan diri anda atau pengenalan produk anda menggunakan ayat yang
ringkas, padat dan mencakupi apa yang sedang anda mahu tawarkan kepada
prospek. Pelanggan biasanya hanya lihat sepintas lalu apa yang sedang kita
prmosikan. Jika ayat pengenalan yang digunakn itu “cathy” atau menarik
serta menjurus kepada permasalahan atau solution yang sedang mereka cari,
maka baru mereka mahu mendengar lanjut dari anda. Dengan itu jimat masa
anda kerana berjaya menangkap prospek yang sesuai dan “targeted” untuk
membuat penerangan lanjut yang lebih berkesan.
2- Penerangan selanjutnya adalah sebagai huraian atau sokongan kepada
pengenalan produk anda. Usah cerita panjang tentang produk anda sematamata
tetapi tekankan kepada cerita kelebihan produk anda. Terangkan apa
produk anda mampu buat atau bagaimana produk anda dapat menyelesaikan
permasalahan prospek anda dan sebagainya.
3- Pilih perkataan atau guna perkataan yang mampu mempengaruhi emosi
pembeli. Ayat berpengaruh mampu menukarkan prospek anda kepada
pembeli produk anda. Mainkan emosi prospek anda dengan gambaran yang
jelas dan bawa mereka berada dalam situasi sebenar seperti perkataan
“bayangkan”, “andainya” dan lain-lain.
4- Berikan bukti atau testimoni sebenar sebagai pengukuhan dengan apa
yang sedang anda perkatakan. Dapatkan kepercayaan prospek anda untuk
mendapatkan produk anda.

#Stratergi 6 – Buat Offer Impak Maksima
Sekali sekala anda perlu guna teknik promosi tak masuk akal iaitu menjual
produk anda pada harga yang mereka tidak jangkakan. Dengan cara ini
mereka pasti rasa rugi jika tidak membelinya kerana tahu pasti selepas ini
tidak berpeluang mendapatkan harga sedemikian atau produk tersebut tidak
lagi akan dijual (jika produk ini hanya ada pada anda).
Tetapkan masa contoh untuk masa 3 hari sahaja atau bilangan seperti hanya
untuk 30 orang pertama sahaja dan lain-lain.
Teknik “Gesaan” ini membuatkan mereka tidak senang duduk atau tidur lena
selagi belum membelinya dari anda. Mereka tidak mahu rugi atau terlepas
peluang dengan offer anda.
Pastikan anda disiplin dan tunaikan apa yang anda janjikan dan tidak mudahmudah
memberikan mereka peluang sekiranya tempoh offer sudah tamat.
Jadi, mereka sudah yahu anda seorang yang serius bila membuat offer. Ianya
berguna apabila anda membuat offer-offer lain selepas ini kerana mereka tahu
offer anda benar-benar muktamad.
Produk yang sesuai untuk menjadikan teknik offer sebegini berkesan
bergantung kepada bagaimana anda mampu menggunakan ayat-ayat promosi
menimbulkan emosi ingin memiliki atau mesti kena milikinya. Ataupun,
produk tersebut produk hot yang mana anda tak perlu cerita panjang kerana
mereka sudah jelas tentangnya dan mereka memang mahukan produk
tesebut. Dengan Offer yang susah untuk dapatkan di tempat-tempat lain dan
pada masa-masa lain maka, pasti mereka berebut-rebut mendapatkannya dari
anda pada harga offer tersebut.

#Stratergi 7 – Beri Kejutan demi Kejutan
Jangan biarkan diri anda membosankan. Untuk memikat pelanggan anda
terus mengikuti perkembangan anda, anda perlu sentiasa memberikan
kejutan. Mereka pasti suka jika anda sentiasa ada idea dalam
mengetengahkan diri anda kepada mereka. Selain buat offer demi offer, anda
boleh berikan atau kongsikan sesuatu yang mereka suka seperti kupon dan
voucher, ebook percuma, tips dan panduan dan lain-lain.
Selain itu, sentiasa kemaskini fanpage anda dan tampil dengan cara berbeza
sebulan ke tiga bulan sekali. Contohnya dengan menukar cover timeline,
profile dan lain-lain.
Bina Tab baru atau kemaskini tab sedia ada sesuai dengan offer atau aktiviti
semasa anda. Buat praduan / kuiz / pertandingan tertentu dan lain-lain.
Pelbagaikan aktiviti di fanpage anda. Jangan kedekut untuk melaburkan
sejumlah wang sebagai menghargai sahabat fanpage atau pelangganpelanggan
anda.

#Stratergi 8 – Testimoni Berkesan dan Berterusan
Salah satu teknik berkesan dalam menjual ialah menunjukkan bukti bahawa
produk anda memang berkesan.
Testimoni berkesan adalah testimoni dari pelanggan anda sendiri atau dari
anda sendiri. Jika produk jualan anda adalah produk hot dan sudah banyak
testimoni di pasaran yang anda boleh kemukakan, namun jika anda dapat
mengedakan testimoni sendiri maka ianya lebih unik dan berkesan.
Anda boleh bercerita dengan lebih berkesan kerana ianya bersumberkan dari
pengalaman anda sendiri dan anda kenal dengan pelanggan yang memberi
testimoni. Lebih banyak testimoni hasil pengalaman anda menjadikan prospek
anda lebih mempercayai anda dalam menyelesaikan permasalahan mereka.
Sekiranya anda mampu menjadi bahan rujukan mereka bagi setiap
permasalahan mereka, dan apabila anda dilabelkan “pakar” dalam bidang
anda, maka lebih mudah produk anda dijual dan perniagaan anda
dikembangkan.

#Stratergi 9 – Kemahiran “Close Deal” Berkesan
Kemahiran ini perlukan ilmu tertentu. Mungkin kita mempunyai situasi yang
mana terdapat ramai prospek yang berminat dengan produk kita tetapi tak
ramai yang betul-betul beli dengan kita.
Keadaan ini pastinya buatkan kita rugi kerana tidak berjaya menjual pada
akhirnya. Bebrapa teknik close deal boleh kita cuba praktikkan antaranya:-
1- Layan pertanyaan pelanggan dan berikan jawapan yang memuaskan.
Proses sebelum membeli, adalah normal untuk bakal pelanggan bertanya itu
dan ini kepada kita. Mereka nak pastikan yang mereka belanjakan wang
mereka ke atas perkara yang betul dan perlu sahaja. Jadi peranan kita untuk
melayan dan berikan jawapan yang terbaik kepada mereka. Jika mereka
berpuas hati dengan jawapan dan layanan kita, tidak mustahil mereka
membelinya.
2- Berikan maklumat tepat tentang produk dan harga kita.
Jangan banyak berselindung dalam memberikan harga produk / servis kita.
Kita sepatutnya ada skema harga yang sudah kita tetapkan supaya harga
yang diberikan sesuai dan seragam bagi setiap pertanyaan pelanggan.
Jelaskan apa yang akan mereka dapat dari kita dengan harga yang telah kita
tetapkan tersebut. Jika harga kita jekas dan munasabah serta mereka dapat
nila tambah yang sesuai dari kita, maka kemungkinan besar untuk pelanggan
membeli dengan kita pasti tinggi.
3- Bantu mereka untuk lakukan pembayaran.
Berikan maklumat jelas bagaimana mereka boleh bayar harga produk / servis
tersebut kepada kita. Kalau dapat adakan pelbagai pilihan cara bayar supaya
memudahkan mereka membuat bayaran kepada kita.
4- Berikan Jaminan Kepusan Pelanggan.
Tawarkan jaminan tertentu yang sesuai supaya mereka rasa tidak rugi
membeli dari kita. Jika kita menjual produk berkualiti dan sesuai dengan apa
yang dimahukan pelanggan, maka tidak perlu takut memberi jaminan tertentu
kepada pelanggan. Jaminan seperti ini menunjukkan kita serius tentang
kelebihan produk kita serta betapa kita rekemenkannya kepada mereka.

5- Adakan pack / servis yang hampir sama pada harga yang lebih mampu
milik sebagai backup jika mereka tidak sanggup laburkan pada harga yang
telah ditetapkan.
Terdapat pelanggan yang tidak sanggup atau ragu-ragu untuk meiliki produk /
servis pada harag yang sudah ditetapkan. Mereka mungkin hanya mahu
cuba-cuba dan saja-saja tanya. Jika mereka benar-benar ingin mencuba
tetapi tidak sanggup membayar pada harga penuh, adakan pakej untuk trial
atau pakej basic untuk ditawarkan pada harga percubaan. Dengan ini mereka
tidak rasa rugi mencuba pada harga percubaan sebelum membeli pada harga
penuh.
6- Tawarkan servis lepas jualan.
Fikirkan apa jua servis lepas jualan yang sesuai dengan produk / servis kita
sebagai nilai tambah kepada pembelian pelanggan kita. Dengan itu,
pelanggan akan merasa suka dan setuju unuk mendapatkan produk atau
servis kita.
7- Sediakan sesuatu percuma yang sesuai untuk pembelian pelanggan.
Sekiranya pelanggan nampak seperti ragu-ragu membeli dan belum membuat
bayaran setelah setuju membeli, apa kata anda hubungi mereka dan tawarkan
nilai tambah sepeti sesuatu percuma jika buat belian segera dalam tempoh
masa tertentu. Pasti pelanggan anda tidak lagi berfikir panjang untuk
membelinya.
Dan lain-lain cara “close deal” berkesan yang anda boleh fikirkan.

#Stratergi 10 – Beri Khidmat Pelanggan Tip Top
Walaupun kelihatan objektif mendapatkan jualan sudah berjaya, namun
jangan pandang rendah kepada kuasa pelanggan. Dalam ilmu perniagaan,
pelanggan sentiasa benar dan penyebab kejayaan dan kegagalan perniagaan
kita.
Jika kehebatan perniagaan atau produk kita mampu tersebar dengan cara viral
dan tidak dijangka, maka prestasi buruk perniagaan kita juga menjadi
tersebar secara meluas.
Menjaga pelanggan dengan memberikan khidmat terbaik sebaik sahaja
menerima duit mereka serta menunaikan janji jika pernah berjanji manis
kepada mereka sebelum ini bukan sahaja memuaskan hati pelanggan, malah
jiwa kita turut lapang dan berasa bersemangat untuk terus majukan diri.
Lebih-lebih lagi mendapat ucapan terima kasih dan peghargaan dari
pelanggan yang merasakan nilai wang yang dibayar kepada mereka amat
berbaloi dan memberikan penyelesaian yang mereka cari.
Malah, berniaga dengan ikhlas dan mengutamakan pelanggan menjadi asbab
untuk perniagaan kita semakin maju dan jualan kita semakin laris.
Pelanggan-pelanggan kita juga akan mengulangi pembelian dari kita dan
mengesyorkan produk kita kepada rakan-rakan mereka yang lain.
Jualan kita semakin meningkat dan pembayaran terus menerus masuk ke
akaun bank... tidak mampu nak uruskan?
Ya jika sampai ke tahap ini, anda perlu memikirkan pengurusan perniagaan
secara yang lebih profesional dan sistemati. Order pelanggan anda direkod
dalam sistem database khas dan mempunyai No Rujukan order. Jika anda
mempunyai banyak produk jualan, sistem database mampu merekod setiap
butir order pelanggan anda dan jumlah RM bersih yang patut mereka bayar
termasuk caj pos dikenakan serta ditolak diskaun jika ada.
Ya, anda perlu pengurusan perniagaan profesional pada tahap ini bagi
memastikan jualan anda yang laris itu bukan penyebab kehancuran
perniagaan anda.

#Stratergi 11 – Bina Pelanggan Tegar
Untuk membolehkan perniagaan anda semakin berkembang, anda bukan
sahaja perlu mencari prospek-prospek baru dan menukarkan sebahagian
besar dari mereka menjadi pelanggan-pelanggan baru anda, malah anda perlu
menjaga pelanggan-pelanggan sedia ada supaya mereka terus mendapatkan
produk anda dari masa ke semasa. Malah mereka bukan sahaja melanggan
hanya satu produk dari anda, tetapi membeli produk-produk lain yang anda
tawarkan. Untuk sampai ke peringkat ini, anda perlu kemahiran khusus dalam
seni menjual.
Perniagaan anda makin cepat berkembang sekiranya pelanggan-pelanggan
anda berpuas hati dengan prestasi anda dalam memberi khidmat kepada
mereka serta produk jualan yang mampu menyelesaikan masalah mereka
atau menepati ciri-ciri yang mereka mahukan. Jika ini berlaku, maka sudah
pasti mereka sudi menjadi testimoni kepada produk dan kredibiliti anda.
Malah mereka menjadi agen-agen yang akan rekemen kan produk anda
kepada rakan-rakan mereka atau orang yang mencari solusi yang sama
seperti mereka. Jadi, anda kini menjadi “brand” atau rujukan kebanyakan
prospek untuk mendapat apa yang mereka cari.

#Stratergi 12 – Jalin Kerjasama (JV)
Sebagai orang baru, tentu sukar meraih kepercayaan dari pelanggan. Tetapi jika anda JV
dengan IM berpengalaman, ianya menjadi mudah. Pada pandangan pelanggan, IM
berpengalaman ini sudah pasti memilih dengan teliti rakan JV mereka dan mereka
memilih anda sebagai rakan JV kerana anda memiliki reputasi dan kredibiliti yang baik.
Selain daripada ber- JV dengan IM berpengalaman, anda juga boleh bekerjasama
dengan usahawan seangkatan atau kenalan anda. Untuk lebih berjaya dan mencipta
nama, anda usah berusaha seorang diri. Dapatkan kerjasama dalam bentuk win-win
situation.
Mungkin anda menjual produk kevantikan muka yang mana sahabat anda menjual produk
kuruskan badan. Anda boleh minta sahabat anda mempromosikan produk anda kepada
pelanggan beliau jika ada yang mahu produk kecantikan muka juga.
Sebagai balasan, anda juga turut membantu mempromosikan produk kurus badan milik
sahabat anda kepada pelanggan-pelanggan anda. Produk yang sesuai dan saling berkait
boleh anda bekerjasama untuk manafaat bersama.
Begitu juga jika nada ada mengumpul list, katakan di bawah 5000 orang. Sahabat anda
juga mempunyai list di bawah 5000 orang. Anda bantu blast email sahabat anda untuk
promosi produk mereka dan begitu juga sahabat anda akan blast email promosi anda
kepada subscriber beliau.
Kini email promosi anda beredar dalam list yang lebih besar berbanding hanya list anda
sendiri. Jika sebelum ini. Potensi jualan hanya 10 unit, dengan usahasama sebegini tidak
mustahil anda dapat jualan yang lebih berganda.
Kesan jangka panjang, subscriber sahabat anda mungkin mejadi sebahagian pelanggan
tegar anda jika anda berjaya membuat follow-up dan memberikan servis terbaik kepada
mereka.

#Stratergi 13 – Buat Bajet untuk Pemasaran
Adakah anda kedekut melaburkan wang untuk membuat promosi produk anda
secara labih berkesan?
Gunakan segala tools yang berkesan mempromosikan produk atau servis
anda. Melalui FBAds bukan sahaja kos pengiklanan lebih murah, tetapi
berbaloi jika anda berjaya melakukan secara betul dan berkesan.
Jika tidak pandai, buat permulaan jangan buat bajet besar dulu. Sekadar try
and error untuk lihat prestasi kesan dari jualan, cuba bajet seminima yang
mungkin.
Jangan hanya tumpu pada satu jenis iklan sahaja. Anda perlu merangka
banyak versi iklan dan pantau versi mana yang dapat menghasilkan jualan
yang berkesan.
Tidak tahu, boleh rujuk kepada pakar-pakar FBAds yang ada dan selongkar
bagaimana mereka berjaya menghasilkan jualan berlipat kali ganda dari kos
pengiklanan mereka.
Ya! Penting untuk kita kuasai atau sekurang-kurangnya, belanjakan wang
untuk upah mereka yang mahir dan kita yakin akan kebolehan mereka.
Untuk melariskan jualan, anda perlu ada bajet untuk memasarkan produk
anda dengan cara yang efektif.

#Stratergi 14 – Bertindak segera, usah berlengah
Sekiranya anda merancang projek untuk dilancarkan, usahakan segera dan
usah berlengah-lengah. Anda perlu cepat bertindak dan usahakannya menjadi
nyata.
Kelemahan usahawan yang tidak berapa nak berjaya atau gagal ialah tidak
merancang. Kalau yang merancang pun tidak melaksanakannya atau
melengah-lengahkannya.
Anda perlu disiplin dengan time frame yang anda buat. Jika tersasar dengan
tempoh masa yang sepatutnya, sekurang-kurangnya ianya berjaya
dilaksanakan kerana anda berssungguh menghasilkannya.
Berniaga bukan setakat mempamerkan produk dan tinggal. Anda perlu
melakukan sesuatu seperti mempromosikannya dan membuat aktiviti promosi
tertentu bagi menjadikan perniagaan anda meriah dan di luar jangkaan
prospek.
Katakan ada cuti umum sempena perayaan atau peristiwa tertentu, anda
merancang memberikan bonus istimewa kepada pembeli anda dalam tempoh
masa tertentu, maka bertindak menyiapkan bonus tersebut dan bersedia
untuk kempen iklan anda supaya dapat diwar-warkan pada masa yang tepat.
Jika anda merancang untuk membuat promosi di beberapa platform lain yang
ada potensi, maka segerelah membina ayat promosi yang sesuai serta segera
membuat promosi tersebut.
Anda tentu ada cadangan dan idea melariskan jualan anda, maka segera
merancang dan jayakannya... usah bertangguh dan melengah-lengahkannya
kerana situasi berniaga online sekarang terdapat terlalu ramai pesaing. Kita
harus sentiasa ke hadapan dengan idea dan stratergi yang sentiasa
dimajukan.

#Stratergi 15 – Fokus, ushakan sampai menjadi
Terdapat banyak peluang berniaga di internet. Terdapat banayak juga promosi
menjana wang di internet.
Untuk berjaya, kita perlu fokus kepada satu-satu perkara dan usah melompatlompat
dan mahu buat kesemuanya.
Jika kita orang baru dalam pengkhususan kita, maka beri tumpuan kepada
perkara yang kita ada kelebihan. Cari dan gali serta buat kajian secara serius
bagaimana kita dapat menjayakan perniagaan kita.
Ambil perkara paling asas dan kukuhkannya. Kemudian baru kita
kembangkan sedikit demi sedikit.
Buat sesuatu perkara sehingga kita sampai kepada matlamat awal dan lihat
bagaimana kejayaan awal ini boleh membawa kepada kejayaan yang lebih
besar dalam industri kita. Usahakan sehingga kita berjaya membina nama
tersendiri dalam dunia pengkhususan kita. Sampai satu masa, anda akan
dilabelkan sebagai “pakar”. Anda kini akan menjadi rujukan mereka yang lain.
Maka, dari sini baru mudah untuk anda mula menyusun langkah-langkah
kejayaan susulan yang lain.
Pastikan anda konsisten dengan prestasi yang semakin menaik. Mendapat
pendapatan luar biasa di internet boleh kita capai jika kita sabar, tekun dan
sanggup belajar serta fokus.
Selepas mula mencipta bukti pendapatan meyakinkan, mempunyai
pengalaman serta kemahiran terbukti membawa kejayaan, maka apa jua
bidang yang anda mahu susuli selepas ini akan menjadi lebih mudah.
Tambahan pula anda sudah mempunyai pengaruh yang besar dalam
perniagaan anda.
©

sertai kami di group ini

Hanya bermodalkan RM20.00 dan ikuti step 123 dgn mudah!!!

klik sini untuk lebih maklumat>http://www.rm20segera.com/?r=azlysaad
Gambar: Hanya bermodalkan RM20.00 dan ikuti step 123 dgn mudah!!!

klik sini untuk lebih maklumat>http://www.rm20segera.com/?r=azlysaad

Mahu Buat Duit Mudah?

Subject:, Budak Kilang buat RM48,500 Part-Time!
Apa Khabar?
Mungkin anda tidak percaya, begitu juga dengan saya pada
mulanya. Mana mungkin budak kilang boleh buat duit sebanyak
itu dengan internet? Tapi...
Selepas beliau tunjukkan sendiri bukti akaun bank, saya
sendiri terpegun bagaimana seorang cikgu mampu menjana
RM48,500 dari rumah secara part time hanya dengan menggunakan
sistem yang sungguh luar biasa ini.
Apa?? Rupanya ramai lagi yang buat duit...
Hisham (RM107,850 +)..cikgu!
Nuraimi (RM25,50 +)... penyelia!
Norazlina (RM28,000 +).. kerani!
Akmar (RM38,000 +)..surirumah!
Masrule (RM48,500 +)..IT!
Syed (RM17,000+).. pensyarah!
Nazrim (RM10,500 +)..nurse!
Ramzi (RM5000+)..JKR!
Kamil (RM5800+)..pencen!
Purnama (RM8500+)..surirumah!
Zahid (RM8000+).. pensyarah!
Adizakry (RM4000+)..budak pejabat!
Fazlisyam (RM8000+)..pelajar!
Shamsul (RM4000+)..koje gomen!
Faiz (RM10,000+).. student kat Ireland!
Syahmi (RM4000+)..budak cyber!
Syahrul (RM4000+)..budak kilang!
Safian (RM2000+)..usahawan!
Anda boleh lihat keajaiban sistem PERCUMA disini:
--> http://www.formulaluarbiasa.com/recommends/rahsiaduit
Bukan itu sahaja, anda tentu akan terperanjat apabila melihat
bukti Mr. X menjana RM217,72.15 pada bulan Mei 2009 sambil
melepak di Starbucks dengan menggunakan sistem yang sama!
Saya tunggu anda disana!
Ikhlas,
muhammad azly bin saad